SEJARAH SEKOLAH KEBANGSAAN SRI SURIA (1), TANAH MERAH, KELANTAN.

Sekolah Kebangsaan Sri Suria (1), pada asalnya adalah Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (Inggeris) Tanah Merah telah ditubuhkan pada tahun 1956. Nama asal sekolah ini ialah Government English School Tanah Merah. Pada tahun 1975, nama sekolah ini telah ditukarkan kepada Sekolah Kebangsaan Sri Suria, kerana mulai dari tahun itu media bagi semua darjah ialah dalam Bahasa Malaysia. Pada asasnya penubuhan sekolah ini adalah hasil kesedaran para ibu bapa dan pegawai-pegawai kerajaan dalam jajahan ini untuk menubuhkan sebuah sekolah aliran Inggeris. Sebuah jawatankuasa telah dibentuk dan dinamakan ‘Jawatankuasa Pelajaran Tanah Merah’. Jawatankuasa ini telah ditubuhkan dalam tahun 1955 dan jawatankuasa inilah yang bertanggungjawab atas penubuhan sekolah ini.

Monday, June 2, 2008

KURSUS PENDIDIKAN KESELAMATAN JALAN RAYA

  • TEMPAT : MAKMAL KOMPUTER SK. SRI SURIA 1
  • TARIKH : 24 MEI 2008
  • HARI : SABTU
  • MASA : 8.00 PAGI HINGGA 4.30 PETANG
  • PESERTA KURSUS : 38 ORANG
  • PENCERAMAH : PUAN ROSNINA BT ABDULLAH

Sunday, June 1, 2008

KURSUS ZOOM A

Mr. Lim sedang memberi penerangan tentang penggunaan internet dalam P @ P melalui Program ZOOM A


sedang mencuba soalan-soalan interaktif yang
disediakan oleh laman Zoom A

Tarikh : 26 &  27 MEI 2008

Masa : 8.00 pagi hingga 4.30 petang

Tempat : MAKMAL KOMPUTER SRI SURIA 1

Peserta : 90 orang

Anjuran : ONE TOUCH EDUCATION SDN BHD

Penceramah : MR. LIM