SEJARAH SEKOLAH KEBANGSAAN SRI SURIA (1), TANAH MERAH, KELANTAN.

Sekolah Kebangsaan Sri Suria (1), pada asalnya adalah Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (Inggeris) Tanah Merah telah ditubuhkan pada tahun 1956. Nama asal sekolah ini ialah Government English School Tanah Merah. Pada tahun 1975, nama sekolah ini telah ditukarkan kepada Sekolah Kebangsaan Sri Suria, kerana mulai dari tahun itu media bagi semua darjah ialah dalam Bahasa Malaysia. Pada asasnya penubuhan sekolah ini adalah hasil kesedaran para ibu bapa dan pegawai-pegawai kerajaan dalam jajahan ini untuk menubuhkan sebuah sekolah aliran Inggeris. Sebuah jawatankuasa telah dibentuk dan dinamakan ‘Jawatankuasa Pelajaran Tanah Merah’. Jawatankuasa ini telah ditubuhkan dalam tahun 1955 dan jawatankuasa inilah yang bertanggungjawab atas penubuhan sekolah ini.

Tuesday, March 2, 2010

Pelaksanaan Latihan Guru Secara School-Based Tahun 2010

Pelaksanaan Latihan Guru Secara School-Based Tahun 2010

Surat Siaran Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam 23 Julai 2009 bertajuk Pendekatan Dasar Latihan Sumber Manusia Sektor Awam Tahun 2010 dan 2011 telah mencadangkan bagi tujuan penjimatan, kaedah conventional face to face diganti dengan kaedah blended approach seperti program Mentor-Mentee, Peer Coaching dan Book Review untuk dilaksanakan di sekolah.

Oleh itu,bagi tahun 2010 strategi pelaksanaan latihan guru secara school-Based akan dilaksanakan mulai Februari 2010 kepada semua sekolah adalah seperti berikut :

  • In House Training yang telah dilaksanakan hendaklan diteruskan dan
  • kaedah Book Review dilaksanakan sebagai tambahan kepada kaedah in house training bagi mencukupi jumlah kursus selama 7 hari.